PEMANTAUAN BAGI PEMERIKSAAN KENDERAAN DI ICQS BUKIT BUNGA,TANAH MERAH KELANTAN

TANAH MERAH  : YBhg. Dato’ Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN diiringi bersama YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan telah membuat penyeliaan pemantauan bagi pemeriksaan kenderaan di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.
Objektif pemantauan sepenuhnya pematuhan kenderaan perdagangan atau persendirian dalam mematuhi perundangan KPDN, khususnya berkaitan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan.
Terdahulu YBrs. Puan Siti Nur Ayuni binti Hassan, Ketua Imigresen Bukit Bunga Tanah Merah, Kelantan menyantuni YBhg. Datuk Ketua Pengarah KPDN bagi taklimat ringkas seterusnya meninjau tugasan di Pintu Utama Keluar Masuk Negara, Malaysia – Thailand, ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan ini.
Turut hadir bersama YBrs.Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDN Kelantan, Ketua-ketua Cawangan dan Pegawai-pegawai KPDN Kelantan.
Selain itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan strategik, keanggotaan dan logistik serta membincangkan cadangan kerjasama yang dijalinkan antara kedua belah pihak.
Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :- 👉 https://linktr.ee/kpdn

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …