SABAH SASAR TURUN HINGGA 80 PERATUS MISKIN TEGAR TAHUN INI

TUARAN (25 Januari): Kerajaan Sabah menyasarkan untuk menurunkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus kadar miskin tegar yang direkodkan di negeri itu menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata sebanyak 22,510 ketua isi rumah (KIR) dikategorikan sebagai miskin tegar dalam senarai sistem e-Kasih negeri itu setakat ini.

Katanya, Sabah optimis sasaran itu mampu dicapai menerusi beberapa inisiatif diperkenalkan termasuk memberi bantuan modal perniagaan dan menyediakan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mampu milik kepada golongan terbabit.

“Selain itu, kira akan beri peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar. Nama miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat SMJ dan kita akan hantar nama ini kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan kilang-kilang supaya mereka diberi peluang pekerjaan,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan surat penyertaan agensi pemberi bantuan bagi program rintis menoktahkan kadar miskin tegar di Tuaran dan pelantikan pekerja inisiatif MySMJ Kerja, di sini hari ini.

Selain menyalurkan bantuan tunai kepada golongan sasar, Hajiji berkata kerajaan Sabah melihat usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar sebagai antara kaedah holistik membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Kita bagi keutamaan (peluang pekerjaan) kepada anak-anak miskin tegar supaya mereka diambil bekerja dalam agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan pelabur yang datang ke Sabah.

“Menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk mengambil bekerja anak-anak miskin tegar daripada senarai e-Kasih,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat SMJ dalam kenyataannya memaklumkan Sabah merekodkan sebanyak 101,113 ahli isi rumah miskin tegar dalam sistem e-Kasih.

Katanya, sistem MySMJ Profiling dibina bertujuan menyimpan dan menganalisis data serta padanan bantuan bagi gerak kerja profiling ketua isi rumah dan ahli isi rumah berdasarkan e-Kasih, dengan Tuaran dipilih sebagai daerah rintis bagi melaksanakan sistem itu pada November tahun lepas.

Sekretariat itu turut melihat program tersebut sebagai satu manifestasi kerjasama semua agensi kerajaan khususnya yang terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada golongan miskin tegar di Tuaran ke arah meningkatkan ekonomi seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Pelaksanaan sistem MySMJ Profiling itu sedang berjalan di seluruh daerah dan kerangka kerja bagi mempercepatkan program menoktahkan miskin tegar juga akan diperluaskan di seluruh negeri.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut