SAKSI WANITA MENGAKU TIKAM BEKAS SUAMI, 8 TERTUDUH KES BUNUH DILEPASKAN DI TAWAU

TAWAU (25 Januari): Seorang saksi wanita mengaku menikam bekas suaminya, seorang pemandu e-hailing yang mati dibunuh, semasa perbicaraan di mahkamah, menyebabkan lapan orang tertuduh dalam kes tersebut dibebas dan dilepaskan.

Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis membebas dan melepaskan bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, Datuk Mat Zaki Md Zain, bersama tujuh yang lain yang dituduh membunuh seorang pemandu e-hailing, selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Khairul Azreem Mamat untuk tidak meneruskan pendakwaan susulan perkembangan terbaharu pada perbicaraan hari ke lapan, membabitkan saksi ke- 23, Nurimah Juli, 35, yang merupakan bekas isteri mangsa bunuh.

Semasa pemeriksaan utama itu, Nurimah memberitahu mahkamah dia menikam mangsa dengan gunting yang diambil dari begnya ketika bergaduh dengan bekas suaminya di dalam kereta Myvi di lokasi kejadian bunuh dan tiada sesiapa di lokasi kejadian ketika itu (hanya Nurimah dan Nurman)

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …