Warga emas dihanyut arus banjir kilat ditemukan lemas

KUANTAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras banjir kilat di Pekan Sungai Lembing, dekat sini, kira-kira jam 7 petang semalam ditemukan lemas awal pagi tadi.

Isteri serta anaknya yang turut terperangkap dalam kejadian itu diselamatkan polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Lee Yie Chong, 62, ditemui terdampar di tepi longkang di Kampung Jelihan, Sungai Lembing, jam 12:45 pagi, kira-kira 100 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, warga emas terbabit dilaporkan hilang ketika meredah banjir kilat bersama isteri, Kwong Kwai Fun, 63, dan anak pasangan terbabit, Lee Jia Heu, 37.

Katanya, sebelum kejadian mereka mengemas dan memindahkan barang ke tingkat atas di premis setelah paras air akibat banjir kilat meningkat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang semalam.

“Selepas memindah barang ke tempat selamat, ketiga-tiga mangsa meredah banjir untuk pulang ke rumah,”

“Bagaimanapun ketika itu arus terlalu deras dan Yie Chong dilapor dihanyutkan arus dan hilang,”

“Isteri dan anak mangsa terpaksa berpaut pada tiang lampu jalan berhampiran kedai untuk menyelamatkan diri,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, anggota dari Balai Polis Sungai Lembing bergegas ke lokasi kejadian dengan bot untuk menyelamatkan Kwai Fun dan anaknya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat Yie Chong dilancarkan sejurus kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk dibedah siasat.

Pekan Sungai Lembing kerap dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat dan berterusan dan kejadian petang semalam adalah kali ketiga sejak 24 Disember.

 

Sumber : Buletin TV3

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …