GURU TUISYEN RUGI RM3,000, TERPEDAYA TAWARAN KERJA DALAM TALIAN

Seorang guru tuisyen di Bahau, di sini, rugi lebih RM3,000 apabila terperdaya dengan tawaran kerja sementara untuk ulasan bil perkhidmatan penerbangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, pihaknya menerima laporan dari mangsa iaitu seorang wanita berusia 29 tahun di Balai Polis Bahau.

Menurutnya, kira-kira pukul 9 malam, semasa berada di rumah, mangsaΒ berminat dengan iklan kerja sementara di akaun Facebook Stephy Phang iaitu mendapat komisyen dengan cara berkongsi ulasan setiap bil syarikat penerbangan.

Mangsa telah meninggalkan komen dalam Facebook kemudian dihubungi melalui Facebook Messenger dan memberikan nombor telefonnya. Mangsa kemudian dihubungi melalui aplikasi WhatsApp dengan ajen bernama Yuki di talian 014-7342231 dan memasukkan pengadu dalam sebuah kumpulan WhatsApp.

Dia kemudian diberikan akaun bank untuk pembayaran dan diajar mengenai kerja dan apa yang perlu dilakukan. Kira-kira pukul 1.42 petang, mangsa telah membuat bayaran pertama ke dalam sebuah nombor akaun dan kemudiannya empat kali bayaran lagi untuk mendapatkan komisyen yang dijanjikan kepada akaun bank yang sama.

Wanita itu yang curiga kerana penawar kerja masih memintanya membuat bayaran untuk mendapatkan komisyen lebih tinggi berasa dirinya tertipu dan membuat laporan polis setelah kerugian sebanyak RM3,373.60.

Dalam kes berasingan, seorang pelajar wanita berusia 20 tahun di Bandar Seri Jempol, di sini, rugi RM1,710 setelah terpedaya dengan tawaran sewa bilik secara dalam talian pada hari Jumaat lalu.

Kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa mencari rumah sewa di Kuantan, Pahang melalui aplikasi Telegram. Kemudian, mangsa dihubungi seorang lelaki memaklumkan terdapat bilik sewa untuk dimasuki pada hujung bulan Januari.

Sewa bulanan bilik tersebut adalah sebanyak RM410 dan individu tersebut meminta pengadu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM205 dan RM200 untuk perjanjian sewa bilik, pengadu juga telah buat pembayaran.

Menurutnya, mangsa diminta untuk membuat pembayaran penuh dan beberapa lagi bayaran sedangkan pada awalnya mangsa dijanjikan hanya perlu membayar RM615 untuk satu bulan sewa dan separuh deposit.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan. Saya harap orang ramai untuk tidak mudah tertipu dengan urusan dalam talian terutamanya yang tidak pernah bersemuka.

 

Sumber:Β Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut