๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—š๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—•๐—ข๐—ง ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—”๐—•๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ – Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di posisi 10.2 batu nautika Utara Tanjung Luk Pisuk, Tuaran, lebih kurang pukul 5.43 petang semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, hasil daripada pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut, Sabah (SWASLA) telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan dari perairan Filipina menuju masuk ke perairan Kota Kinabalu.

Tambahnya, Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan beberapa siri operasi telah diarahkan untuk menuju ke lokasi bot terbabit untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati nama juragan tiada dalam salinan lesen bot selain beliau bersama 12 orang penumpang telah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati seorang penumpang mengemukakan kad pengenalan Malaysia, seorang mengemukakan dokumen pas lawatan sosial, empat orang mengemukakan sijil lahir dan selebihnya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri. Kesemua mereka berumur lingkungan 14 hingga 70 tahun.

Dalam tangkapan berkenaan, salah seorang penumpang merupakan seorang lelaki buta berusia 52 tahun dan sebuah keluarga terdiri daripada bapa bersama seorang anak lelaki dan dua anak perempuan berumur lingkungan 14 -23 tahun. Empat orang

wanita warga emas berumur lingkungan 55 hingga 66 tahun turut berada dalam bot tersebut.

Juragan, penumpang dan bot telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Bot, juragan dan penumpang diiring ke Jeti Maritim Negeri Sabah Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

ย 

Sumber : Facebook APMM

ย 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

ย Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna โ€” simbol cinta & bangga pada tanah air tercintaย  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut