LAHIRKAN LEBIH RAMAI GENERASI MUDA BERKEMAHIRAN

MERLIMAU – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) disaran untuk terus konsisten mempergiat hubungan baik kerjasama dua hala antara pemegang taruh termasuk Kerajaan Negeri dan pemain industri dalam pendidikan TVET.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu secara tidak langsung mampu mengarus perdanakan TVET dalam memastikan negara memiliki lebih ramai generasi muda berkemahiran.

Beliau turut menyatakan komitmen dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan infrastruktur PMM supaya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berterusan dengan suasana kondusif dan selesa kepada pelajar.

“Saya harap hubungan baik PMM dengan semua pemegang taruh termasuk pemain industri dapat diteruskan termasuklah dengan Kerajaan Negeri.

“Ia merupakan langkah kondusif bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berkualiti, seterusnya mengangkat TVET dan memastikan negara memiliki lebih ramai generasi muda berkemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan simbolik Sambutan 20 Tahun penubuhan PMM, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau merangkap Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pengarah PMM, Norizam Sekak.

Sementara itu, Norizam memaklumkan, pada majlis itu, beliau turut menyampaikan taklimat ringkas serta hala tuju PMM kepada Dr. Zambry dalam menjayakan pelan strategik 2024-2030 yang menyokong pemerkasaan gagasan TVET negara.

“Dalam peluncuran sambutan 20 tahun penubuhan PMM, tiga program lain turut diperkenalkan antaranya TVET On Campus, Polytechnic Social Responsibility (PSR) dan Sistem Merit.

“Kesemua program ini merupakan agenda baharu PMM dan akan terus diperkasakan bermula tahun ini,” katanya.

SUMBER : MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut