GALAK LEBIH RAMAI USAHAKAN KOLAM TERNAKAN

ASAHAN – Lebih ramai penduduk terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, disaran untuk mengusahakan kolam ternakan ikan bagi menyumbang kepada keterjaminan makanan pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penduduk untuk mengusahakan sektor itu sekali gus dapat menampung keperluan rakyat.

Katanya, pembabitan banyak pihak dalam bidang ternakan dan pertanian akan juga membantu meningkatkan sektor agromakanan.

“Untuk itu saya sarankan lebih ramai yang tampil dan mengusahakan kolam ternakan terutamanya dengan bangunkan semula kolam terbiar yang terdapat di DUN Asahan ini.

“Apabila ramai yang usahakan kita bukan sahaja dapat keluarkan lebih banyak hasil unntuk menampung keperluan pasaran tetapi membantu meningkatkan sekuriti makanan terutamanya untuk negeri Melaka,” katanya.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan sedia membantu dan memberi bimbingan kepada mereka yang komited serta serius dalam mengusahakan kolam ternakan.

“Selain itu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga bersedia membantu pengusaha untuk kembangkan lagi apa yang diusahkan seperti penternak ikan tilapia Muhammad Hafiz Abdullah di Felda Bukit Senggeh apabila bakal menerima geran untuk membeli alatan pemeriksaan pH air kolamnya.

SUMBER : MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut