KPDN JOHOR PANTAU HARGA DAN BARANG, ELAK PENYELEWENGAN

Sila patuhi segala peraturan dan undang-undang. Itulah peringatan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor yang berikrar untuk terus giat menjalankan pemeriksaan terhadap premis perniagaan melibatkan semua peringkat rantaian seperti pengilang, pemborong serta peruncit.
Pengarah KPDN JOHOR, Lilis Saslinda Pornomo memberitahu pihaknya sentiasa komited melaksanakan pemeriksaan tersebut di kawasan tumpuan seperti pasar awam dan kedai runcit yang menjadi pilihan pengguna, menerusi OPS Manis (gula) dan OPS ATM (ayam, telur dan minyak masak) susulan permintaan tinggi terhadap barangan dapur utama itu.
Pelaksanaan pemeriksaan itu dapat memastikan bekalan barangan sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh dengan harga berpatutan sebagaimana ditetapkan oleh KPDN. Operasi pemeriksaan yang sedang dijalankan itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) melibatkan pematuhan dan penguatkuasaan tanda harga serta alat timbang sukat.
Selain itu, KPDN Johor turut menjalankan OPS TIRIS bagi membanteras penyelewengan bekalan diesel bersubsidi di stesen minyak selain mengesahkan bekalan diesel sentiasa mencukupi. Anggota KPDN Johor yang bertugas juga akan turut membuat rondaan berkala ke stesen minyak bagi mengelakkan kenderaan asing mengisi minyak petrol RON95.

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …