90 TAN SISA BANJIR DIKUTIP DI KOTA TINGGI

Sebanyak 90,000 kilogram (kg) sisa sampah banjir di Kota Tinggi dikutip dan dibersihkan menerusi Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang dilaksanakan bermula Jumaat lalu.
Operasi yang membabitkan 130 anggota kerja SWM Environment Kota Tinggi, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang itu melibatkan kerja pengutipan sampah di kawasan terjejas banjir sebelum ini yang membabitkan Taman Kota Jaya, Taman Mawai Jaya dan Kampung Kelantan.
Sebanyak 22 jentera seperti lori Roll-On Roll-Off (RORO) dan jentolak digunakan bagi membantu kerja pembersihan kediaman mangsa banjir yang turut diperluaskan hingga ke daerah Mersing.
Selain itu, pihak SWM Environment juga sedia menerima permohonan penggantian tong sampah beroda yang rosak atau hanyut akibat kejadian banjir.

Artikel/Berita Terkini

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JOM DERMA …

KEMENTERIAN KOMUNIKASI BANTU SEBARKAN MAKLUMAT BELANJAWAN 2027 MELALUI YAKINI MADANI

BANTUAN: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir kawasan Sepanggar pada majlis perasmian Pusat Sebaran …

E-TUISYEN RAKYAT BAKAL DIPERLUAS, PELAJAR BOLEH IKUTI KELAS DARI RUMAH: FAHMI

NADI: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika hadir pada majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Inanam Sentral …