DUA LELAKI DITAHAN, SELEWENG DIESEL BERSUBSIDI

Dua lelaki tempatan yang merupakan pemilik dan pekerja sebuah premis di Nilai di sini ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, kedua-dua individu tersebut ditangkap dalam serbuan Op Tiris 3.0 yang dijalankan di sebuah premis tidak bernombor di Jalan NSV 3/5A, Nilai pada pukul 11.45 malam semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, sejumlah 5,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi dipercayai diseleweng bernilai RM10,750 turut dirampas.

Turut disita dalam serbuan tersebut adalah satu unit skid tank berkapasiti 10,000 liter, empat unit pam minyak beserta hos dan dua unit pam bermeter yang menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM24,750.

Menurut beliau lagi, kedua-dua lelaki itu ditahan hasil pemeriksaan menyeluruh di kawasan serbuan dan mereka telah mengaku sebagai pemilik dan pekerja di premis tersebut.

Penahanan dibuat bagi membantu dalam menjalankan siasatan. Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.Ia bagi mengenal pasti individu lain yang turut terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.

 

Sumber:

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut