𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 (𝗜𝗣𝗗) 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗜𝗡𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗦𝗜𝗦𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

NILAI TERAS 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH 

NILAI TERAS 8: KESELAMATAN RAKYAT


Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), dengan kerjasama PETRONAS dan CGSO Terengganu telah mengadakan satu mesyuarat yang melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti JUPEM, PDRM, MKN, APMM dan PETRONAS pada 17 Januari 2024 di KLCC. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs Encik Ahmad Fakrudin bin Azizan, Pengarah CGSO Terengganu turut dipengerusikan bersama oleh YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, Ibupejabat JUPEM.

Perbincangan dari pelbagai pihak yang terlibat memfokuskan tentang isu bidang punca kuasa agensi-agensi persempadan di pesisir luar pantai Terengganu khususnya yang melibatkan insiden-insiden diperairan termasuk pelantar-pelantar di Negeri Terengganu khususnya.

Turut hadir ialah Encik Mohd Azmi bin Mustafa, PSU (Keselamatan dan Tugas Khas) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Sr. Mohamad Zikri bin Mat Isa, Pengarah JUPEM Terengganu, ACP Rizal bin Abd Rahman Sidek, Penolong Pengarah Pengurusan (PDRM Bukit Aman) DSP Ahmad Yanee bin Nazir, Pegawai Turus Pentadbiran PDRM IPK Terengganu, DSP Mohd Shahrizan bin Abdullah, Penolong Pengarah Keselamatan MKN Terengganu dan Kapten (Maritim) Khairulanuar bin Abd Majid@Razali, Pengarah Maritim Negeri Terengganu. PETRONAS diwakili oleh Encik Zurul Azmil bin Adam, Pengurus Krisis dan Kecemasan dan Encik Onn bin Itam, Pengurus Petronas Group Security Wilayah Timur.

Disediakan oleh: MKN Terengganu

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut