PERUBAHAN LALUAN ZON BEBAS KENDERAAN BANDA HILIR, MELAKA

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan melaksanakan beberapa perubahan bagi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir, Melaka bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2024. Jalan-jalan terlibat adalah :

a) JALAN LAKSAMANA, SEBAHAGIAN JALAN TUN KHALIL YAAKOB, JALAN TAMAN, JALAN KOTA & JALAN ISTANA
Bagi jalan yang terlibat dengan penutupan jalan iaitu Jalan Laksamana, Sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob, Jalan Taman, Jalan Kota dan Jalan Istana, jalan-jalan ini akan ditutup selama 54 jam bermula dari hari Jumaat jam 6:00 Petang sehingga hari Ahad Jam 12:00 tengah malam.

b) JALAN BANDA KABA, LORONG CHAN KOON CHENG & JALAN CHAN KOON CHENG
Seterusnya bagi Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng, jalan ini akan diubah hala bermula dari hari Jumaat jam 6:00 Petang sehingga hari Ahad Jam 12:00 tengah malam.

c) LORONG HANG JEBAT
Bagi Lorong Hang Jebat, jalan ini akan diubah hala bermula dari hari Jumaat jam 6:00 Petang sehingga hari Ahad Jam 12:00 tengah malam. Sebagai alternatif, kenderaan seterusnya dibenarkan untuk melalui Jambatan Tan Kim Seng untuk ke Jalan Tun Khalil Yaakob (terhad dari jam 1:00 pagi hingga jam 6:00 petang)

d) JALAN KEE ANN
Bagi Jalan Kee Ann pula, perubahan hala jalan ini dipendekkan jaraknya bermula dari persimpangan Jalan Kee Ann dan Bunga Raya, sehingga ke Simpang Jalan Kee Ann dan Jalan Baru (berhadapan Prima Hotel)

e) JALAN BUKIT CINA & LORONG BUKIT CINA
Manakala Jalan Bukit Cina pula akan dikembalikan kepada asal iaitu kenderaan boleh memasuki jalan tersebut dari Jalan Munshi Abdullah dan seterusnya tiba di Persimpangan Jalan Bukit Cina dan Jalan Temenggong (di Madras Café).

#manalagimelakalerr #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut

KALKULATOR BIL ELEKTRIK

Nak tahu anggaran kos bil elektrik bulanan anda pada masa akan datang mengikut jadual tarif baharu? Kini anda boleh menggunakan …
Maklumat Lanjut