SEORANG LELAKI WARGA ASING DIREMAN DISYAKI TERLIBAT PENYELEWENGAN MINYAK MASAK BERSUBSIDI.

 

JELI : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tanah Merah, Kelantan telah membuat permohonan reman terhadap seorang suspek warga asing berusia 30an di Mahkamah Majistret Jeli, Kelantan.
Permohonan telah dibenarkan tahanan reman selama 7 hari oleh Hakim Mahkamah Majistret Jeli, Kelantan Y.A. Tuan Nik Habri bin Muhamad bagi tindakan melengkapkan siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Terdahulu suspek ditahan hasil Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan, KPDN Kelantan di Jalan Kg. Jakar, Bukit Bunga Tanah Merah, Kelantan.
Semasa serbuan telah menjumpai minyak petrol anggaran berat keseluruhan sebanyak 140 liter disita dan dipercayai akan diselewengkan.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Artikel/Berita Terkini

WRUR AYER MOLEK: PENDUDUK BUSUT LICIN LEGA, BELENGGU BANJIR BAKAL BERAKHIR

Ayer Molek – Penduduk Kampung Busut Licin, di sini, menarik nafas lega apabila masalah banjir berulang dan akses jalan yang …

INISIATIF 1 PBT 1 AMBULANS PERKUKUH BANTUAN KECEMASAN DI JASIN

Jasin – Orang Jasin kini lebih mudah mendapatkan perkhidmatan kecemasan ambulans susulan pelaksanaan inisiatif ‘1 PBT, 1 Ambulans’ yang diperkenalkan …

KETUA SINDIKET DADAH TUMPAS, RAMPASAN SYABU RM18 JUTA

SIDANG MEDIA: Hussein (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam operasi khas JSJN selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah …