PENEMUAN ULAT BULU LAUT ‘FIREWORM’ DI PANTAI TERENGGANU

NILAI TERAS 8 KESELAMATAN RAKYAT
‘Keselamatan Dalam Negeri’

Seorang sukarelawan Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan telah menemui dua ‘ulat bulu laut’ (fireworm) yang dipercayai daripada spesis Amphinome rostrata (Pallas 1766) semasa berjalan di tepi pantai berhampiran dengan UMT – Universiti Malaysia Terengganu semalam (10 Januari 2024).
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut yang dipercayai daripada spesies Amphinome rostrata (A. rostrata) di pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
‘Ulat bulu laut’ adalah nama panggilan tempatan bagi kumpulan cacing laut (Annelida, Polycheata) yang mempunyai struktur bak kuku ‘cheatae’ di sepanjang badan yang menyerupai ulat bulu.
Namun, dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘fireworm’ (cacing api) kerana rasa sakit seperti terkena api apabila menyentuh/memegang ‘fireworm’ ini. Ini kerana ‘chaetae’ di badan ulat bulu laut ini adalah tajam serta rapuh dan mudah melekat ke kulit bila disentuh. Tambahan pula, spesies dari kumpulan ulat bulu laut ini (famili Amphinomidae) mempunyai kelenjar bisa (venom gland) yang mana ia boleh memasuki badan melalui luka tusukan ‘chaetae’ yang patah. Gabungan luka akibat ‘chaetae’ yang patah dan bisa dari kelenjar bisa boleh menimbulkan rasa sakit yang kuat, bengkak di tempat yang terkena serta tindakbalas alahan.
Disediakan oleh : MKN Terengganu (17012024)

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut