OPS PEWA : JPJ TERENGGANU SIASAT AKTIVITI SEWAAN KENDERAAN KEPADA WARGA ASING

NILAI TERAS KESELAMATAN KESELAMATAN RAKYAT
‘KESELAMATAN DALAM NEGERI’
‘PENDATANG ASING TANPA IZIN’

Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan yang memberikan sewaan kenderaan kepada warga asing menyebabkan mereka berani menunggang motosikal dan memandu kereta secara berleluasa tanpa memiliki lesen memandu yang sah. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, dakwaan itu disuarakan susulan pihaknya mengesan kewujudan kegiatan yang menyewakan motosikal kepada warga asing di negeri itu.

Dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa), yang dijalankan selama dua hari berakhir semalam, JPJ Terengganu berjaya menahan dan menyita 79 kenderaan melibatkan 66 motosikal dan 13 motokar di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Dalam tempoh dua hari, JPJ telah memeriksa 567 kenderaan yang dipandu warga asing. Sebanyak 284 saman dan 79 notis atas pelbagai kesalahan juga telah dikeluarkan pada operasi tersebut.

JPJ juga telah mengesan satu individu yang disyaki mungkin membuat sewaan motosikal. Semakan kita mendapati individu ini memiliki 40 buah motosikal didaftarkan atas nama beliau. Jadi, JPJ sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk pastikan apakah ada kegiatan atau sindiket yang membuat sewaan kepada warga asing.

Tambahnya,ย JPJ Terengganu telah mengeluarkan 39,028 saman dan 33,213 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu denganย tiga kesalahan tertinggi direkodkan ialah penggunaan cermin gelap, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut