PROGRAM 15 MINIT ‘INTEGRITY FIRST’ PUPUK NILAI PERANGI RASUAH

Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor komited dalam memastikan semua anggota perkhidmatan awam Negeri Johor bebas daripada jenayah rasuah.
Usaha dan keazaman ini diterjemahkan menerusi pelaksanaan program 15 Minit ‘Integrity First’ yang mana ia melibatkan 99 jabatan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan berkanun di seluruh Johor, semalam.
Program yang julung kali diadakan itu merupakan satu kempen bagi memupuk nilai integriti dalam diri setiap kakitangan kerajaan supaya sentiasa telus dalam menjalankan tugas dan dalam apa jua keadaan.
Pada program ini, satu taklimat ringkas tentang kesedaran terhadap nilai integriti turut diadakan dan ia diikuti dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh setiap kakitangan di setiap jabatan terlibat.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …