Dua buah Masjid dan Surau di Batu Pahat Terbakar

Semalam dan hari ini kita telah dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di dua buah masjid dan surau di Sri Medan, Batu Pahat, Johor iaitu Masjid Kampung Parit Simis dan Surau di Parit Bangas.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah kedua-dua kejadian yang berlaku pada waktu malam pada 14 dan 15 Januari 2024 itu adalah hampir serupa. Menurut beliau lagi, satu kertas siasatan dibuka ke atas dua kejadian berkenaan dan akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api yang membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini adalah dimohon untuk menyalurkannya ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau Ketua Polis Balai, Balai Polis Seri Medan ditalian 07-4850222.

#MKNJohor

https://www.kosmo.com.my/…/surau-kampung-parit-bangas…/

https://www.sinarharian.com.my/article/644409/berita/semasa/masjid-kampung-parit-simis-terbakar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …