CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK PETROL 1950 LITER GAGAL

 

TUMPAT 03 Jan : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Kota Bharu – Tumpat, Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada hari ini.
Lokasi kejadian di tepi jalan Batas Besar, Mukim Delima, Tumpat, Kelantan pada jam 11.30 pagi tadi telah menyita anggaran 1950 liter minyak petrol bersama dua buah kenderaan jenis Proton Gen2 dan Wira Aeroback berpendaftaran tempatan.
Walaubagaimanapun saspek menyedari kehadiran pasukan terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran tanpa dikesan dan selanjutnya kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Terdahulu saspek dikesan membuat pembelian pengisian kedalam tangki ubahsuai kenderaan dan kedalam muatan tong-tong jeriken secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Pekan, Tumpat Kelantan disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diseludup ke negara jiran.

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …