84 INDIVIDU DITAHAN, 6,297 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OPERASI AMBANG TAHUN BAHARU

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Seramai 84 individu ditahan dan 6,297 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya dalam 137 operasi ambang tahun baharu di seluruh negara pada 31 Disember 2023 dan 1 Januari 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata daripada jumlah itu 52 individu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala 24 ditahan di bawah Akta Imigresen 1959 dan lapan lagi ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata daripada jumlah saman yang dikeluarkan, kesalahan tidak memaparkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi merekodkan paling tinggi dengan 1,788 saman selain kesalahan tidak memiliki lesen memandu 1,422 saman.

“Operasi yang berakhir 5 pagi itu turut menyita 366 kenderaan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut