PENDIGITALAN SEPENUHNYA PARKIR KAWASAN MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)  menaik taraf dan menjenamakan semula aplikasi MBJB Spot V2 kepada MBJB Spot bagi merealisasikan pendigitalan sepenuhnya bayaran parkir di kawasan pentadbirannya. Penaik tarafan dan penjemaan semula aplikasi berkenaan sekali gus menamatkan perkhidmatan bayaran kupon parkir hibrid yang ditawarkan sejak tahun 2016. Melalui pelan transformasi pendigitalan parkir itu, penggunaan kupon fizikal tidak lagi sah di kawasan MBJB bermula 1 Januari 2024.

Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan aplikasi MBJB Spot merangkumi pelbagai perkhidmatan tambahan seperti carian lokasi pengecas kenderaan elektrik (EV) dan tempat letak kereta persendirian.
Selain itu, turut menyediakan pautan perkhidmatan bayaran seperti e-Khidmat, cukai harta, pembayaran kompaun dan lain-lain perkhidmatan atas talian serta rangkaiannya disediakan ke arah pembangunan ‘super apps’.
Bagi fasa seterusnya, MBJB akan memberikan tumpuan ke atas aktiviti penguatkuasaan tempat letak kereta melalui pelaksanaan sistem Imbasan Kenderaan Digital. MBJB optimis bagi menyampaikan perkhidmatan holistik dan inovatif kepada warga bandar raya melalui transformasi digital itu.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut