ZIARAH MADANI YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KELANTAN

Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad disambut oleh Dato’ Dr Zaini Hussin Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK). YB Menteri dibawa ke Bilik Gerakan Banjir di Pasir Mas, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas untuk sesi taklimat berkenaan situasi semasa banjir yang melanda Pasir Mas dan tahap Kesiapsiagaan pasukan kesihatan dalam mendepani banjir yang disampaikan oleh YBrs. Dr Izamin Bin Idris Timbalan Pengarah Kesihatan Awam,JKNK
YB Menteri juga sempat melawat tiga (3) buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Gual Tok Deh dan SMK Baroh Pial, Pasir mas Serta SMK Chabang Empat , Tumpat. YB Menteri meninjau persiapan KKM dalam memberikan perkhidmatan bantuan kesihatan dan khidmat nasihat dari segi kesihatan mental kepada penghuni PPS disamping beramah mesra bersama penghuni di PPS berkenaan.
YB Menteri Kesihatan turut menyampaikan bantuan kepada 4 keluarga mangsa banjir di Klinik Desa Baroh Pial.

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …