OPS PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS: OP HALANGAN LALU LINTAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

Salah satu daripada operasi yang dijalankan di bawah Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) – Halangan menerusi OP Halangan Lalu Lintas turut menyatakan bahawa ;

– Tiada pemandu yang mempunyai kawalan terhadap kenderaan boleh membenarkan kenderaan berada di atas jalan raya hingga menyebabkan halangan yang tidak perlu.

– Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Parkir kenderaan anda di tempat yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kerjasama daripada semua pihak diharap dapat memberi kelancaran aliran trafik dan mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya akibat halangan oleh kenderaan yang parkir sesuka hati dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber:

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …