BAHAYA SAMSENG JALANAN

Samseng jalanan merujuk kepada individu atau kumpulan yang terlibat di dalam perilaku yang tidak patuh kepada undang-undang atau perilaku agresif di jalan raya. Mereka seringkali melibatkan diri dalam pelbagai tingkah laku berisiko tinggi yang boleh membahayakan keselamatan pemandu lain, pengguna jalan raya atau masyarakat secara keseluruhannya.

Bahaya samseng jalanan merangkumi pelbagai aspek negatif yang boleh memberi kesan serius kepada masyarakat termasuklah;

Keganasan dan ancaman keselamatan : Samseng jalanan sering terlibat dalam kegiatan yang membahayakan sehingga boleh mencederakan individu lain dengan ancaman secara mental mahupun fizikal. Hal ini boleh menimbulkan perasaan takut kepada komuniti khususnya pengguna jalan raya yang lebih berusia mahupun dalam kalangan wanita.

Salahguna dadah dan aktiviti jenayah lain : Tidak dinafikan, terdapat kes kemalangan melibatkan samseng jalanan berpunca daripada kesan pengalahgunaan dadah. Samseng jalanan yang berada di bawah pengaruh dadah mudah bertindak balas secara agresif kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kesan Psikologi dan Emosi : Tindakan samseng jalanan boleh memberi kesan kepada tahap psikologi dan emosi individu yang diganggu. Ia boleh menimbulkan perasaan takut yang berpanjangan, kebimbangan dan tekanan mental sehingga boleh menjejaskan kemampuan pengguna jalan raya lain ketika berada di atas jalan raya. Hal ini boleh mengakibatkan bahaya dalam jangka masa panjang.

Melihat kepada tren samseng jalanan yang kini semakin membarah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah melaksanakan OP Samseng Jalanan di sekitar pusat bandar Alor Setar pada 8 Disember lepas. Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 16 buah daripada 137 motosikal dikenakan tindakan sita. Operasi yang dijalankan oleh 10 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar itu telah bermula jam 12.00 tengahmalam dan berakhir sekitar 6.00 pagi.

Pemeriksaan mengejut ke atas kumpulan remaja bermotosikal sekitar Dataran Starwalk dan Dataran Sungai Raja ekoran terkesan aktiviti kumpulan remaja bermotosikal yang menjadikan pusat bandar ini sebagai lokasi untuk menayangkan aksi bahaya mereka. Sementara itu sebanyak 95 keping saman Pol 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala 16 motosikal yang disita adalah kerana atas kesalahan ubahsuai yang melampau sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

 

Artikel: Puan Sharida Shafie

Rujukan: OP SAMSENG JALANAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …