TUMPAT 26 Dis : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan Am berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 108 liter minyak petrol disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki penyelewengan barang kawalan.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.