PULAU PINANG: 280 SAMAN DIKELUAR JPJ SEMPENA OPS KHAS AMBANG KRISMAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT

Penguatkuasaan Undang-Undang

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 280 notis saman atas pelbagai kesalahan terutama membabitkan penunggang serta pemilik motosikal dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Ops Khas Ambang Krismas.

Operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijalankan di dua lokasi berbeza di Seberang Perai, dekat sini, malam semalam (26 Disember 2023).

Jurucakap JPJ negeri berkata, dua lokasi itu ialah berhampiran plaza tol menuju ke Jambatan Pulau Pinang dan plaza tol di Sungai Dua.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 9.30 malam itu ialah tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Ujar beliau, kesalahan lain yang turut dikesan termasuk mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, tidak mempamerkan pelekat P, tidak memasang cermin sisi serta mengubah suai motosikal tanpa kebenaran.

“Penguatkuasaan ini dibuat bertujuan memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap kelakuan penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, penunggang atau pemilik motosikal dinasihatkan supaya mematuhi peraturan serta undang-undang yang dikuatkuasakan di jalan raya.

Pada masa sama, ujarnya, mereka turut dinasihatkan menunggang dengan lebih cermat dan berhemah sekali gus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal. – UTUSAN

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …