KESELAMATAN MENYELURUH: PEMBANGUNAN SEIRING KESELAMATAN

Delegasi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Kedah diketuai Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Mohd Zawawi Zakaria hari ini berkesempatan mengadakan satu lawatan ke tapak projek Delapan Special Border Economic Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam (BKH).

Delapan atau sebelum ini dikenali sebagai Kota Perdana merupakan sebuah projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Lokasinya yang strategik kerana berhampiran dengan sempadan darat antarabangsa Malaysia-Thailand menjadikan projek ini sebagai suatu projek berimpak tinggi dan memerlukan tumpuan khusus melibatkan aspek keselamatan secara menyeluruh.

Dalam pertemuan tersebut, MKN Kedah berkesempatan menyampaikan pandangan mengenai keperluan pihak syarikat untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan sepanjang kerja-kerja pembangunan kawasan ini setelah mengambil kira lokasinya yang amat hampir dengan pos-pos kawalan dan kawasan operasi keselamatan sempadan negara. MKN Kedah juga mencadangkan agar sebarang perbincangan mengenai pembangunan kawasan tersebut di masa akan datang akan turut melibatkan agensi-agensi keselamatan bagi mendapatkan input dan sudut pandang berkait perihal keselamatan yang perlu dititikberat dan dipertimbangkan oleh pihak syarikat dan para pelabur sebelum sesuatu perancangan dimeterai dan dipersetujui.

Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Projek, Encik Razak Abdullah, beliau menjelaskan bahawa SBEZ mampu memberi kelainan dan destinasi persinggahan pelancong yang melalui BKH untuk masuk ke dalam negara atau sebaliknya. Pulangan atau faedah pembangunannya dijangka bakal memberi dorongan dan limpahan ekonomi yang sangat baik bukan sahaja kepada negeri Kedah, malahan kepada negara.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Nurul Hasri Abdullah Hashim.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut