KASTAM RAMPAS DADAH BERBAHAYA JENIS FENTANYL BERNILAI RM44.4 JUTA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa pada 9 Disember lalu apabila melakukan rampasan dadah jenis Fentanyl seberat 807.9 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM44.4 juta.

Rampasan dadah berbahaya jenis Fentanyl itu merupakan kes pertama dirampas pihak JKDM hasil pemeriksaan yang dijalankan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 pagi itu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, serbuan yang dijalankan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM itu telah menyita 36 kotak di Kompleks Kargo Udara KLIA, Sepang, Selangor.

Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl dengan berat kasar 807.9 kg dan nilai anggaran rampasan adalah RM44.4 juta.

Mengulas lanjut, menurutnya modus operandi sindiket ini adalah dengan cara membuat pengikraran palsu iaitu mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai sebatian pewangi.

Tindakan itu bagi mengaburi pihak berkuasa sedangkan di dalamnya terdapat botol aluminium berisi bahan cecair seberat 10 kg yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis Fentanyl.

Siasatan awal mendapati dagangan tersebut dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA seterusnya akan dihantar ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan laluan udara.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun daripada pemeriksaan lanjut mendapati dadah jenis Fentanyl adalah dadah sangat berbahaya kerana ia 100 kali kuat daripada morfin dan 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin.

Bagaimanapun dengan rampasan ini telah berjaya membanteras daripada disalah gunakan oleh lebih kurang empat juta orang penagih dadah daripada menjadi ‘zombi’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Polis …
Maklumat Lanjut

PENCURI KABEL MILIKI PELBAGAI KES JENAYAH LAMPAU DIBERKAS D4 IPK SABAH

KOTA KINABALU (19 Mei): Dua lelaki memiliki pelbagai rekod jenayah lampau ditahan selepas disyaki terbabit dalam dua kes mencuri kabel …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini …
Maklumat Lanjut