GARISAN JALAN ‘GLOW IN THE DARK’ TERPANJANG MALAYSIA DI KEDAH

Dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan memberikan nilai tambah di sesuatu kawasan luar bandar, pendekatan kreatif dan teknologi baru perlu diperkenalkan bagi menarik perhatian dan meningkatkan potensi kawasan sebagai lokasi yang boleh dibangunkan. Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan penyediaan infrastruktur lengkap secara perlahan-lahan berdasarkan kemampuan yang ada. Justeru, pengenalan garisan jalan glow in the dark yang diusahakan di daerah Padang Terap merupakan hal terkini dalam usaha membangunkan daerah ini. Penggunaan teknologi glow in the dark ini adalah atas faktor yang berikut:

Daya Tahan Cahaya Lama: Garisan jalan ini mampu memancarkan cahaya untuk tempoh yang lama selepas terkena cahaya dan membolehkannya bersinar sepanjang malam.

Penambahbaikan Keselamatan Jalan: Kewujudan garisan jalan yang bersinar dalam kegelapan dapat meningkatkan keselamatan jalan, terutamanya pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.

Tahan Cuaca: Garisan jalan glow in the dark mampu bertahan dalam cuaca ekstrem dan faktor-faktor alam sekitar yang mungkin mempengaruhi kualiti dan keupayaan mereka untuk bersinar.

Pemasangan Mudah: Garisan jalan ini mudah dipasang pada jalan raya dan menjimatkan masa dalam proses kerja.

Terknologi garisan jalan glow in the dark juga boleh dipasang di laluan pejalan kaki, tempat letak kereta, dan bahagian tertentu jalan raya untuk memberikan panduan visual kepada pemandu dan pejalan kaki pada waktu malam. Ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi berbanding penggunaan cat yang mudah pudar dan perlu diganti..

Usaha sebegini selari dengan Teras Keselamatan ke 7 iaitu Pembangunan Mampan (Impak Pembangunan Bandar & Luar Bandar) di dalam Dasar Keselamatan Negara 2023 – 2025.

Artikel: Puan Sharida Shafie

Foto: Facebook Mohd Sharafee Shazalee

Rujukan: GARISAN JALAN ‘GLOW IN THE DARK’ TERPANJANG MALAYSIA DI KEDAH

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …