PREMIS SELUDUP, SIMPAN DIESEL HARAM DISYAKI JADI PUNCA PENCEMARAN SUNGAI LINGGI

Sebuah premis yang dijadikan tempat penyeludupan dan penyimpanan minyak diesel secara haram di kawasan perindustrian Seremban 2 di sini disyaki menjadi punca kepada insiden pencemaran bau minyak di Sungai Linggi baru-baru ini.

Insiden tersebut telah menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini terpaksa memberhentikan operasi sekali gus mengakibatkan masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini, Port Dickson dan Rembau.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan, pihaknya bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah ke premis berkenaan yang disyaki menjadi lokasi pembuangan minyak diesel berkenaan.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah melakukan serbuan di premis berkenaan sebelum ini dan telah menyita sebuah tangki minyak.

Bagaimanapun, ketika serbuan, suspek yang terlibat telah membuang minyak diesel ke dalam longkang kemudian akhirnya mencemari Sungai Linggi. Akibat pencemaran LRA Sungai Linggi terpaksa ditutup selama dua hari.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi akaun Facebook miliknya memberitahu, kerajaan negeri memandang serius kejadian berkenaan dan akan memburu pelaku kejadian pencemaran itu.Tindakan tegas akan diambil kerana menyusahkan ribuan pengguna air di daerah Port Dickson.

Kelmarin media melaporkan insiden pencemaran bau minyak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini berulang pada 9 Disember lalu dan ia merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh sebulan.

Insiden menyebabkan LRA tersebut terpaksa memberhentikan pengeluaran air bagi menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan susulan pencemaran itu.

Keadaan menyebabkan beberapa kawasan di daerah Port Dickson khususnya di Lukut dan Chuah mengalami gangguan dan ketiadaan bekalan air, tidak terkecuali beberapa tempat di daerah Rembau dan Seremban.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …