DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
Satu kunjungan hormat oleh wakil PETRONAS Wilayah Utara, Encik Zulkifli Bin Othman iaitu Ketua PETRONAS Wilayah Utara dan Tengah ke atas Pengarah Keselamatan Negeri (MKN) Pulau Pinang Encik Asa’ari Bin Zainudin telah diadakan pada 28 November 2023 (Selasa) jam 3.00 petang bertempat Bilik Mesyuarat Mutiara, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP).

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara MKNPP dan PETRONAS serta sebagai medium perkongsian maklumat dan bertukar pendapat. Perbincangan juga menjurus kepada isu pencerobohan dan pembinaan struktur haram di atas tanah milik PETRONAS dan kerjasama semasa krisis dan bencana.
Turut hadir wakil PETRONAS ialah Encik Hazly Azrin Bin Hamzah, Encik Mohd. Asraf Bin Mohd. Sikon dan Encik Mohd. Nahar Bin Mohd. Sakri. Manakala turut hadir dari MKNPP ialah DSP Ahmad Hamdi Bin Jamaludin.