KUNJUNGAN HORMAT: MKN NEGERI PULAU PINANG KE ATAS JBS NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang, Encik Asa’ari bin Zainudin, pada 28 November 2023 (Selasa) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kunjungan hormat ini merupakan satu platform yang strategik dalam membincangkan gerak kerja yang proaktif dalam usaha mengukuhkan kesihatan minda dan ketahanan belia selaras dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Selain itu, kunjungan yang julung kali diadakan ini turut mengetengahkan kepentingan falsafah “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” dalam kalangan belia khususnya di Negeri Pulau Pinang. Intipati berkaitan program Rakan Muda dan Sukan Komuniti turut diketengahkan menerusi perbincangan kali ini.
Belia merupakan aset yang amat berharga dan tonggak serta pembentukan masa depan negara. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah-langkah serta program yang bermanfaat perlu dirancang dengan teliti agar keperibadian belia di negara ini sentiasa disulami dengan semangat cintakan tanah air. Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua jabatan demi pemantapan dan keberkesanan pulangan kepada rakyat.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …