JPJ PULAU PINANG: OPERASI OBSTACLE BERSAMA JSPT DAN PLUS

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

Penguatkuasaan Undang-Undang

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersama JSPT SPU dan PLUS Berhad telah membuat penguatkuasaan khas Ops Obstacle di Plaza Tol Sungai Dua ( arah selatan ) pada malam 21 November 2023 (Rabu). Penguatkuasaan bermula jam 8.30 malam hingga 12.00 malam bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan kepada pemandu dan pengusaha kenderaan komersial dan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ), Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ( Akta 715 ).
Sebanyak 687 kenderaan diperiksa, daripada jumlah itu 123 kenderaan dikenakan tindakan dengan pengeluaran notis keseluruhan sebanyak 194 saman dan kesalahan teknikal sepanjang operasi yang dilaksanakan ini. Antara kesalahan dikesan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, membawa lebih muatan, muatan bahaya, bawa kayu penyendal secara tidak selamat dan kesalahan teknikal seperti cermin gelap, pasang strobe light, tayar haus berlebihan dan tidsk selenggara kenderaan dengan baik.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …