KPDN LUPUS BARANG RAMPASAN BERJUMLAH RM38.53 JUTA DI SELURUH NEGARA

YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar-Ketua Setiausaha KPDN pada hari ini turun padang bagi pelupusan barang rampasan bernilai RM38.53 juta melibatkan pelbagai kesalahan di seluruh Negara pada tahun ini yang diadakan di Cenviro Sdn Bhd, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Objektif  Pelupusan Ekshibit Perdana 2023 pada hari ini adalah bagi pelupusan barang rampasan berkaitan dakwat mesin pencetak di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 730) yang bernilai RM2.9 juta membabitkan 9 kes secara keseluruhan.

Bagi memastikan proses pelupusan barang rampasan ini dilaksanakan dengan teliti, teratur dan selamat, Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah melantik Pusat Pengurusan Sisa Buangan Terjadual Bersepadu Kualiti Alam yang mempunyai pengalaman dan kepakaran melebihi 30 tahun dalam pengurusan sisa buanagan terjadual bersepadu. Kesemua barang rampasan akan dilupuskan di loji “Schedule Waste to Energy” menggunakan teknologi insinerator yang mana proses tersebut akan menjana tenaga elektrik untuk disalurkan kepada Grid Nasional.

Sehingga Oktober 2023, nilai keseluruhan pelupusan barang kes yang dihasilkan adalah berjumlah RM38.53 juta. KPDN melalui tindakan penguatkuasaan telah mengutip sebanyak RM49.04 juta dalam tempoh Januari – Oktober 2023 dan dijadikan hasil kerajaan.

Sumber: FB KPDN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …