JUMLAH BANDUAN TERKAWAL, TIDAK TIMBUL ISU KESESAKAN DI PENJARA

Tidak timbul isu kesesakan banduan di penjara negara ini bagaimanapun berlaku sedikit lebihan di bawah 20 peratus yang mana masih lagi disifatkan dalam keadaan terkawal.

Menurut Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman, jumlah banduan berkenaan kini di peringkat masih mengikut standard antarabangsa.

Jika lebih 20 peratus ia dikira terlebih muatan. Sekarang ini enam ke tujuh peratus sahaja lebihan, ada penjara mempunyai lebihan dan ada penjara mengikut kapasiti. Menurut beliau, sebagai kaedah mengelakkan berlakunya kesesakan, pihak penjara mempunyai hukuman alternatif dengan perintah kesalahan yang tidak serius, pesalah dikenakan hukuman khidmat komuniti.

Sebagai contoh hukuman tiga tahun ke bawah ditukar kepada perintah kerja wajib, tidak memerlukan masuk ke penjara. Kerja khidmat komuniti ini seperti membersihkan kawasan rumah-rumah orang tua, anak yatim selama empat jam satu hari.

Sumber:  Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut