KUALA MUDA CATAT KEMALANGAN MAUT TERTINGGI DALAM NEGARA

Daerah Kuala Muda terus merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di negara ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, berdasarkan statistik, daerah Kuala Muda bukan sahaja merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di Kedah, malah, turut berada di ranking nombor satu di Malaysia.

Jelas beliau, berdasarkan statistik terkini, pihaknya mendapati sebanyak 452 kes kemalangan maut direkodkan bermula Januari hingga September lalu di seluruh negeri ini dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 408 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Selain daerah Kuala Muda, dua lagi daerah lain yang merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di negeri ini ialah daerah Kota Setar (75 kes)  dan Kulim (63 kes),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Sambutan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri, di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, hari ini.

Untuk makluman, Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia ini merupakan inisiatif antarabangsa yang disambut pada setiap hari Ahad di minggu ketiga bulan November setiap tahun. Objektif utama sambutan ini adalah bagi mengingati mangsa-mangsa kemalangan jalan raya serta keluarga. Di samping itu juga, sambutan ini dapat  memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya terhadap kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

FOTO: Facebook JPJ Kedah
Sumber: KUALA MUDA CATAT KEMALANGAN MAUT TERTINGGI DALAM NEGARA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut