JUALAN RAHMAH SISWA RINGANKAN BEBAN PELAJAR

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Jualan Rahmah Siswa yang julung kali diadakan di Kedah.

Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh, jualan berkenaan yang dianjurkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra memberi peluang kepada warga mahasiswa IPTA untuk membeli barang keperluan asas dengan harga mampu milik.

Menggunakan konsep kedai runcit bergerak, Program Jualan Rahmah Siswa ini bergerak ke kawasan kampus untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan barangan keperluan asas dengan tawaran harga rendah.

Konsep ini secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menimba ilmu di kawasan-kawasan yang jauh daripada akses pasar raya atau pasar raya besar.

Tambah beliau, kategori barangan yang dijual sepanjang Program Jualan Rahmah Siswa ini merupakan barangan keperluan harian, barangan kelengkapan dan keperluan diri pelajar serta makanan minuman segera. Antara barangan keperluan harian adalah seperti beras, minyak masak, gula, sardin, sayur, buah-buahan dan susu pekat.

Kategori kelengkapan diri dan keperluan pelajar pula seperti alat tulis, ubat gigi dan berus gigi, sabun, ‘Ridsect dan Aerosol Musquito’ serta ‘Sanitary Pad Whisper’. Manakala bagi barangan kategori makanan dan minuman segera pula adalah seperti biskut, mee segera, susu kotak, dan minuman isotonik.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …