PERSEDIAAN LURUAN MONSUN DI NEGERI SEMBILAN

Jabatan Metereologi Malaysia semalam telah mengeluarkan Kenyataan Ramalan Cuaca Signifikan Luruan Monsun dijangka berlaku pada 16 November 2023 hingga 20 November 2023.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, luruan monsun dijangka berlaku pada 16 hingga 20 November 2023. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan oleh MET Malaysia bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Menurut YAB Menteri Besar, walaupun begitu, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) tetap bersiap siaga dan sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan bersedia bertindak sekiranya terdapat keperluan.

Beliau juga  mengingatkan kepada semua agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga dalam apa juga keadaan.

Sumber: FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …