π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 π’π„πƒπ”ππˆπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Pada 14 November 2023, telah berlangsung sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 di Dataran Robina Eco Park, Teluk Air Tawar.Β  Β Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye di dalam ucapannya berkata perancangan bandar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi corak kehidupan masyarakat di negara ini termasuk negeri Pulau Pinang. Menurut beliau lagi, aktiviti perancangan bandar dilihat mempengaruhi corak sesuatu pembangunan yang memberi implikasi kepada kesejahteraan hidup masyarakat dan kemakmuran ekonomi negara.

Pada majlis itu juga, mantan Datuk Bandar BSP, Dato’ Seri Sr. Rozali Mohamud diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perancang Bandar bagi tahun 2023 di atas sumbangan besar beliau dalam mengemudi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

 

Sumber : Buletin MutiaraΒ https://www.facebook.com/buletinmutiara

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut