KOMPLEKS ICQS BUKIT KAYU HITAM DISERANG PUAK PELAMPAU

Lapan orang individu disyaki puak pelampau bersenjatakan rifle automatik telah menawan ruangan pemeriksaan penumpang bas dan pejalan kaki di Blok D, Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam pada 24 Oktober 2023. Puak pelampau bukan sahaja menawan blok tersebut malah menjadikan 8 orang petugas jabatan dan 24 orang awam lain sebagai tebusan.

Itu merupakan senario latihan Table Top Exercise yang telah dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah dengan kerjasama Nothern Gateway Sdn. Bhd. selaku pengurus fasiliti di Kompleks ICQS BKH (Bukit Kayu Hitam), tempoh hari yang bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan jabatan dan agensi dalam menghadapi sebarang insiden atau kejadian ancaman keselamatan berpandukan Arahan MKN No.18, Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan.

Latihan yang dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria ini juga merupakan platform terbaik kepada semua jabatan dan agensi untuk membincangkan dan menambahbaik Perintah Tetap Operasi (PTO) jabatan dan agensi masing-masing dalam menghadapi situasi kecemasan di samping mengukuhkan hubungan di antara jabatan dan agensi barisan hadapan dalam mengurus sebarang ancaman keselamatan secara bersama.

Turut hadir di dalam Table Top Exercise ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Tuan Dr. Haji Nadzman Haji Mustafa, Pengurus Fasiliti Kompleks ICQS BKH, Encik Ahmad Tarmizi Kasim, dan wakil Pengarah KDNKA Bukit Aman, ACP Shaiful Azmi @ Hussein Omar.

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut