KEBOCORAN GAS AMMONIA ANCAM KESELAMATAN PENDUDUK SUNGAI PETANI

Insiden kebocoran gas ammonia di fasiliti PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd di Gurun pada hari semalam telah menjejaskan kualiti udara sejauh 7 kilometer radius dari kawasan kejadian. Penduduk di sekitar kampung berdekatan telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka sehingga insiden dikawal sepenuhnya. Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kuala Muda telah diaktifkan sejurus menerima makluman kejadian melalui ketetapan Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

Berikut merupakan senario Table Top Exercise yang dianjurkan oleh PETRONAS dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah yang bertempat di Purest Hotel, Sungai Petani bermula 30 hingga 31 Oktober 2023. Latihan ini berjaya menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi keselamatan yang bertanggungjawab untuk menguruskan kejadian bencana di negeri ini. Di dalam konteks latihan semalam ia merupakan bencana industri yang berpotensi berlaku di negeri Kedah khususnya melibatkan fasiliti berisiko tinggi.

PETRONAS Disaster Management Collaborative Workshop yang bertemakan United Towards a Common Goal ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara, Encik Hamzah bin Ishak. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan jabatan dan agensi dalam menghadapi sebarang insiden atau kejadian bencana berpandukan kepada Arahan MKN No. 20 yang kini diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Malah, latihan yang diadakan turut melibatkan penasihat pakar dari agensi tersebut, Encik Sapian Mamat.

Semoga latihan yang diadakan memberi nilai tambah kepada tahap kesiapsiagaan agensi yang terlibat dalam menghadapi situasi bencana sekiranya ia benar-benar berlaku.

United Towards a Common Goal!

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut