99 PERATUS PENIAGA AYAM DI SELANGOR PATUHI HARGA, TIADA ADUAN PENGGUNA

SUBANG JAYA, 9 NOV: Hampir 99 peratus peniaga ayam di Selangor tidak menaikkan harga susulan pelaksanaan pengapungan harga bagi bahan mentah itu sejak Rabu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata tiada aduan rasmi diterima daripada pengguna berhubung perkara itu.

“Berdasarkan pemantauan selama sembilan hari, kami mendapati pematuhan adalah sebanyak 99 peratus dimana harga ayam yang dijual lebih murah berbanding RM9.40 sekilogram.

“Hanya ada satu atau dua premis yang jual melebihi harga. Mengenai aduan, saya sendiri terkejut kerana tidak ada langsung aduan daripada pengguna setakat ini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau meninjau barangan asas sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di pasaraya Mydin di sini, hari ini. Turut hadir EXCO Pengguna Datuk Rizam Ismail dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.

Sumber : Selangorkini

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN PERTINGKAT KEMPEN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan agenda perlindungan sosial menerusi pelaksanaan Kempen Antigangguan Seksual (AGS) …

BAHAYA MENGGUNAKAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah …

BIJAK BAHASA: JAUHI KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN

Penggunaan bahasa Melayu yang tepat amat penting dalam penulisan rasmi. Elakkan penggunaan frasa yang berlebihan atau tidak lengkap seperti “Adalah …