PENYELUDUP LINTANG PUKANG LARI DALAM CUBAAN SELEWENG MINYAK DIESEL

 

PASIR PUTEH 08 Nov : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Tiris di sempadan negara sekitar Kelantan pada semalam.
Lokasi kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Selising, Pasir Putih, Kelantan pada jam 3.00 pagi semalam telah menyita anggaran 425 liter minyak diesel bersama sebuah kenderaan jenis Proton Waja berpendaftaran tempatan.
Risikan awal beberapa saspek dengan beberapa buah kenderaan sedang membuat pembelian pengisian disyaki kedalam tong-tong jeriken dan tangki ubahsuai kenderaan secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Putih, Kelantan.
Walaubagaimanapun saspek menyedari semasa serbuan dilakukan telah bergegas lintang pukang melarikan diri dan meninggalkan sebuah kenderaan serta tong-tong jeriken dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa, saspek membuat pengisian berulangkali dibeberapa stesen jauh daripada sempadan negara pada awal pagi seterusnya disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diseludup ke negara jiran.
Sitaan terhadap 450 liter minyak diesel dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 967.50 dan sebuah kenderaan dengan nilai rampasan sebanyak RM 10,000.00
Selanjutnya turut diambil tindakan kes terhadap stesen minyak dan akan disiasat bersama pemilik samaada bersubahat atau sebaliknya dengan penyeludup tersebut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut