Buat julung kalinya Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah menganjurkan Program Semarak Deepavali 2023 Malaysia MADANI Bersama Komuniti India Parit 4 Sekinchan pada 5 November 2023 – Ahad – 8.00 pagi bertempat di Padang SJKT Ghandiji Parit 4 Sekinchan, Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor.
Program bermula dengan aktiviti senam tari Zumba, sukan rakyat melibatkan kategori kanak-kanak dan dewasa, membuat ‘kolam’ Deepavali serta ceramah Malaysia MADANI dan penyampaian bakul makanan kepada penerima terpilih.
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Nadarajan a/l Karuppiah, Pengerusi Koperasi Serbaguna India Sungai Burong merangkap Wakil Komuniti bagi pelaksanaan Program Semarak Deepavali 2023 Malaysia MADANI bersama Komuniti India Parit 4 Sekinchan dan semua AJK yang terlibat kerana sudi berkerjasama bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor untuk menganjurkan program pada hari ini. Semoga perpaduan dalam kalangan rakyat semakin kukuh dan keselamatan negara terpelihara
#MalaysiaMADANI
#kesejahteraankomuniti
#DemiPertiwi
#MKNSelangor
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
ReplyForward
|