𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

 

Program Keselamatan Solidariti Palestin Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Kelantan telah diadakan di perkarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu pada 5 November 2023. Program telah dimulakan dengan Tayangan Video Lagu ‘ Atouna El Toufoule’.
Bicara Solidariti Palestin telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Mahadi Awang, Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), YBhg. Tuan Haji Jefny Bin Muhammad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, YABrs Encik Muhd Nor Aswadi Md Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan serta ucaptama YABrs. Tuan Haji Jasri Bin Kasim, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan.
Deklamasi ‘Sajak Buat Palestin’ telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mat Wi Ab Rahman, Pegawai Jabatan Penerangan Malaysian Negeri Kelantan.
Turut diadakan Pelancaran Tabung Untukmu Palestin. Tabung Untukmu Palestin ini akan digerakkan ke semua jabatan di Wisma Persekutuan Kota Bharu bertujuan dapat menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang memerlukan pada saat ini.
Kebersamaan ini juga menunjukkan tanda sokongan dan solidariti buat saudara-saudara di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Zionist.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …