Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dengan kerjasama 16 agensi kerajaan dan swasta terbabit dalam simulasi Exercise Penyu di Pantai Teluk Ketapang pada 25 Okt 2023, berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus. Simulasi EX-Penyu bermula dengan kejadian kapal terbang terhempas berhampiran LTSM dan operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian.
Simulasi latihan amal dalam operasi menyelamat telah dijalankan pada jam 10.30 pagi dengan situasi sebuah pesawat terhempas dan terbakar. Sebahagian pesawat juga telah tercampak ke dalam laut. Seramai 68 penumpang terlibat dalam ‘tragedi’ itu.
Tujuan mengadakan latihan amal itu ialah untuk menguji keberkesanan pelan kecemasan lapangan terbang LTSM, kecekapan komunikasi dan tindak balas semua agensi kerajaan termasuk Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airports). Memandangkan latihan tersebut julung-julung kali di adakan di luar pagar lapangan terbang, ia dilihat adalah satu kejayaan yang besar. Latihan Amal Bencana Udara Ex-Penyu 2023 telah berjaya menguji tahap kesiapsiagaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menghadapi sebarang bencana dengan kerjasama 16 agensi kerajaan dan swasta termasuk Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu.
Video rakaman simulasi.











