‘LUBUK’ PENDATANG ASING DI NEGERI SEMBILAN DIGEMPUR

Seramai 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam operasi khas yang diadakan di ‘lubuk’ warga asing di sekitar Seremban, Nilai dan Kuala Pilah.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, pihaknya telah menggempur lokasi tumpuan PATI hasil aduan orang awam serta risikan yang dijalankan pihaknya berhubung kehadiran warga asing sepanjang operasi selama dua hari bermula 17 hingga 18 Oktober lalu.

Operasi itu melibatkan 12 lokasi tumpuan termasuk rumah kediaman, rumah kedai, pasar mini dan rumah yang sedang diubah suai oleh warga asing. Seramai 122 PATI telah diperiksa sepanjang operasi itu berlangsung dan hasilnya 28 orang PATI telah ditahan iaitu 23 lelaki, lima wanita dari pelbagai negara.Mereka terdiri daripada lima lelaki Indonesia, 11 lelaki Bangladesh, masing-masing lima lelaki dan enam wanita Myanmar, seorang lelaki warga India serta Pakistan.

Pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan rutin yang mana memberi tumpuan di kawasan yang dilaporkan terdapat kehadiran warga asing walaupun dalam jumlah yang tidak ramai. Warganegara asing yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Lenggeng untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa, setelah pas lawatan tamat tempoh dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan sah. Selain itu, mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 menyalahguna pas lawatan sosial.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

RAMPASAN BERNILAI RM21 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pengarah Jabatan …

AYUH DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Stok darah …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hai semua …