TRAGEDI BATANG KALI: CORAK HUJAN, PERUBAHAN ALIRAN TANAH FAKTOR PENYUMBANG TANAH RUNTUH

18 Oktober 2023

PETALING JAYA: Corak hujan dan perubahan dalam aliran resapan tanah menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejadian tanah runtuh.

Menurut laporan forensik kejadian tanah runtuh Batang Kali dikeluarkan pada 18 Oktober 2023, hujan adalah pencetus utama tanah runtuh dengan kejadian hujan besar selama lima hari boleh memberi kesan yang besar kepada alam sekitar.

Ini kerana kesan kumulatif hujan dalam jangka masa itu boleh menyebabkan paras lembapan tanah meningkat yang berpotensi menyebabkan tanah runtuh.

“Selain itu, hujan anteseden dalam tempoh kumulatif 30 hari adalah satu lagi faktor penting. Jangka masa yang dilanjutkan ini membolehkan penilaian menyeluruh tentang kerpasan keseluruhan di kawasan, memberi pemahaman tentang tahap tepu tanah dan potensi ketidakstabilan cerun.

“Satu lagi faktor pencetus yang mempengaruhi tanah runtuh ialah perubahan dalam rejim aliran resapan. Aliran resapan merujuk kepada pergerakan air melalui bahan berliang seperti tanah atau batu.

“Perubahan dalam rejim boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti perubahan paras air bawah tanah atau perubahan dalam komposisi lapisan bawah permukaan.

“Perubahan ini boleh memberi kesan melata, memberi kesan kepada kestabilan cerun atau integriti struktur yang dibina di atas atau berhampiran kawasan yang terjejas,” menurut laporan setebal 141 muka surat yang dimuat naik di laman Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember 2022 adalah kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Susulan itu, satu jawatankuasa khas dikenali Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR) telah ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja penyiasatan tanah runtuh ini berdasarkan kepada Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009-2023 dan Memorandum Jemaah Menteri.

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya dan melibatkan agensi-agensi teknikal lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan badan-badan professional yang dilantik.

Sumber : Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut