PROGRAM MERAKYATKAN SUKAN MELALUI KOMUNITI SELAMAT DAN SIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON TAHUN 2023

 

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKN NS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Port Dickson  telah mengambil inisiatif untuk mendekati komuniti dan penduduk setempat serta pelajar kolej melalui kegiatan sukan, aktiviti kecergasan dan kesihatan sempena Hari Sukan Negara peringkat daerah Port Dickson yang juga dilaksanakan serentak di peringkat Kebangsaan pada 14 Oktober 2023 bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson.

Program ini telah dirasmikan  oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Faizal  Bin Ramli ADUN Kawasan Linggi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital, Negeri Sembilan.

Aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti senam aerobik, bola jaring, pertandingan street soccer, memanah, pertandingan dart, zumba serta program fun walk. Selain itu, turut diadakan reruai pameran, pemeriksaan kesihatan dan jualan berkaitan sukan.

Penganjuran program ini berjaya mewujudkan hubungan serta jaringan sosial dan keselamatan yang baik antara MKN NS dengan komuniti dan masyarakat setempat selain memupuk  kesedaran berkaitan hal-hal keselamatan negara melalui aktiviti sukan, kesihatan dan kecergasan khususnya sempena Hari Sukan Negara 2023.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …