MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PEMAKAIAN PANGKAT LEFTENAN MUDA PASKAM UniMAP

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Cawangan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) dan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM), Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan kerjasama Zon Maritim Kuala Perlis telah melaksanakan Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pengambilan 3/2020 dan 4/2021 di Dewan Serbaguna Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, pagi tadi.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Laksamana Madya (M) Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Romli bin Mustafa.

Turut hadir ke majlis ini Timbalan Naib Censelor UniMAP, Prof Ir. Dr. Mohd Shukri bin Abdul Majid, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Saliza binti Ahmad, Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP, Prof. Madya Ts. Dr. Nik Noriman bin Zulkepli, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zin, Pegawai Kehormat APMM dari UniMAP dan wakil dari Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi.

Majlis tamat latihan dan pemakaian pangkat Leftenan Muda PASKAM, UniMAP ini melibatkan 100 Kadet Leftenan Muda PASKAM bagi pengambilan 3/2020 dan pengambilan 4/2021.

Zon Maritim Kuala Perlis dipilih sebagai penyelaras bagi menjalankan pembelajaran selama empat semester membabitkan teori seperti peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.
Pelaksanaan PASKAM memberi impak positif kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi berkenaan peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Pada hari bersejarah ini, Leftenan Muda PASKAM Muhammad Syahmi Akmal bin Zaini telah dianugerahkan sebagai kadet terbaik PASKAM siri 3/2020, manakala Leftenan Muda PASKAM Muhammad Adib Syahmi bin Muhammad telah dianugerahkan sebagai kadet terbaik PASKAM siri 4/2021.

Leftenan Muda PASKAM Muhammad Azri bin Abdul Lateb dari siri 3/2020 dan Leftenan Muda PASKAM Muhammad Imran bin Sbarudin dari siri 4/2021 telah dipilih sebagai penerima anugerah kawad lelaki terbaik manakala Leftenan Muda PASKAM Nur Shahirah binti Mohd Nazahar dari siri 3/2020 dan Leftenan Muda PASKAM Nursyazleen Anissa binti Ehsan dari siri 4/2021 telah dipilih sebagai penerima anugerah kawad perempuan terbaik.

Bagi Anugerah Akademik terbaik telah dianugerahkan kepada Leftenan Muda PASKAM Cecelia Balachandran dari siri 3/2020 dan Leftenan Muda PASKAM Nevash a/l Gopi dari siri 4/2021.
Anugerah Sukan terbaik telah disandang oleh Leftenan Muda PASKAM Sim Ze Tong dari siri 4/2021.
Anugerah-anugerah ini merupakan mekanisme pengiktirafan serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh pelatih bagi meningkatkan moral dan motivasi Kadet PASKAM itu sendiri.

Sumber: MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PEMAKAIAN PANGKAT LEFTENAN MUDA PASKAM UniMAP

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Laksamana Madya (M) Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin hadir menyempurnakan majlis tersebut

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut